Wednesday 2 April 2014

IM 529..

529 Ikhwanul Muslimin,
Dikaulah pejuang agama,
Dikaulah pejuang Islam,
Bangkitmu mempertahankan Islam,
Tiada sedikit pun rasa gentar dalam dirimu,
Seperti segalanya kau relakan demi agamamu.

Saat mereka yang zalim menjatuhkan hukuman,

Kau masih mampu mengukir senyuman,
Seperti kau tahu,
Syurga menantimu.

Andai sampai disini sahaja perjuanganmu,

Andai benar engkau dijatuhkan hukuman mati,
Andai ini perjuangan terakhirmu,

Pergilah..

Mungkin waktu rehatmu telah tiba,
Moga syahid menjadi milikmu.

Mereka mungkin menang di dunia,

Kerana dunia tujuan mereka,
Tapi,
Akhirat tujuan utama kita,
Moga kita menang di akhirat kelak.

wajah para syuhada :)




Aku Bukan Pencundang..

Tiba saatnya aku melangkah,
Melangkah aku dari tempat itu,
Bukan bererti aku mengalah,
Bukan bererti hidupku terhenti di situ,
Bukan bererti aku lemah,

Tapi,
Melangkah aku dari tempat itu,
untuk mencari aku yang baru,
untuk mengubah apa yang perlu,
untuk terus berjuang lagi
untuk buktikan aku bukan pencundang.

kerana hidup bukan terhenti hanya di satu tempat,
kerana hidup bukan untuk menjadi seorang pencundang,
kerana masih banyak jalan- jalan yang terhampar di depanku,
dan kerana itu aku perlu bangkit.

Tapi,
aku tidak ingin melangkah lagi,
tidak juga merangkak,
bukan juga hanya berjalan.
tapi,
aku ingin berlari dan terbang mencapai impianku.
berlari mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat.

Aku yakin aku mampu buktikan.. In shaa Allah..

semoga MUKMIN itu aku :)



Sunday 30 March 2014

I miss my family :(

sejak telefon hilang,
dan ade masalah yang satu ni,
aku rase jauh,
jauh dgn family aku.

indeed, i miss them them so much.
i miss my father.
i miss my mother,
i miss my sisters.
i miss my brother.

i don,t want this problem make me and my family being far apart.
i want always with them,
but i feel far with them,
maybe its becoz of i'm losing my phone,
and its makes me a little bit hard to contact with them,
and now i'm rarely can talk with them,
i hope Allah will ease wverything.. Ameen..

Mak, ayah, kak idah , kak atin, kak la, and adik,
i miss uoll so much.
and i keep thinking about uoll.



Friday 28 March 2014

Dont be so judgemental!!

Bukan semua org ada perangai baik.
Bukan semua org ada perangai tak baik.
Ya, aku pernah buat silap.
Tp, tak perlu nk jaja kesalahan aku tu kat semua org.
Jgn ingt dgn cara tu org akan berubah.
Lebih baek nasihat secara diam2.

Hmm, manusia.. betolla. Ibarat sehelai kertas putih. Then, letak satu titik hitam kat tengah. Org dah tak pndang warna putih yg lg bnyk dari wrna hitam. Warna hitam yang kecik tu la akan sentiasa dipandang, disebut dan diingat.

 p/s:jadi manusia jgn judgemental sngt bleh???

Kenapa aku?

Sering hati ku terdetik
kenapa aku?
kenapa aku yang perlu lalui semua ini?
kenapa aku yang perlu lalui jalan hidup sebegini?
kenapa aku yang perlu hadapi kesukaran ini?

kenapa aku?
kenapa bukan dia?
kenapa bukan orang lain?

kenapa aku yang dipilih untuk lalui semua ni?
bila aku lontarkan soalan soalan sebegini?
suara suara cliche akan menjawab
"sebab Dia tau kamu kuat untuk lalui semua ini"
"ade hikmah di sebalik apa yang terjadi"
"kamu antara orang orang yang terpilih"
"Dia tak akan berikan ujian yang tak mampu sitanggung hambaNya"

hmm..aku mengeluh tatkala aku mendengar jawapan2 sebegini
kadang2 aku anggap semuanya untuk menyedapkan hati ini.

Jujur aku katakan,
aku penat,
kadang-kadang aku tak mampu,

Allahu..
Pinjamkan aku kekuatan untuk aku lalui semua ini.

Sunday 23 March 2014

Ujian hidup.

Allahu...
aku penat..
masalah datang bertimpa-timpa,
aku tak larat,
aku tak mampu,

Aku tak tahu pd siapa aku nak mengadu,
aku tak nak orang lain terbeban dgn msalahku,
aku cuba utk kuat depan org sekelilingku,

Hakikatnya,
aku lemah,
aku tak berdaya,

Allahu..
aku mohon pinjamkan aku kekuatan,
utk aku tempuhi semua ni.. :)

Kosong...

Ruang yg kosong di hati manusia
selalu tercari-cari untuk diisi
samada dengan kasih syg, harapan, mahupun semangat
tapi kadang-kadang
apa yg datang pd kita 
bukan seperti apa yg kita harapkan
Yang ada  
cuma kekecewaan, kesedihan, dan kesunyian.

Harapan ku,
semoga hari ini
ketabahan dan kesabaran
yang bakal menemani kita.

Dan in shaa Allah,
hari esok Allah akan anugerahkan
azimat pengubat luka.