Wednesday, 2 April 2014

Aku Bukan Pencundang..

Tiba saatnya aku melangkah,
Melangkah aku dari tempat itu,
Bukan bererti aku mengalah,
Bukan bererti hidupku terhenti di situ,
Bukan bererti aku lemah,

Tapi,
Melangkah aku dari tempat itu,
untuk mencari aku yang baru,
untuk mengubah apa yang perlu,
untuk terus berjuang lagi
untuk buktikan aku bukan pencundang.

kerana hidup bukan terhenti hanya di satu tempat,
kerana hidup bukan untuk menjadi seorang pencundang,
kerana masih banyak jalan- jalan yang terhampar di depanku,
dan kerana itu aku perlu bangkit.

Tapi,
aku tidak ingin melangkah lagi,
tidak juga merangkak,
bukan juga hanya berjalan.
tapi,
aku ingin berlari dan terbang mencapai impianku.
berlari mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat.

Aku yakin aku mampu buktikan.. In shaa Allah..

semoga MUKMIN itu aku :)



No comments:

Post a Comment