Wednesday, 2 April 2014

IM 529..

529 Ikhwanul Muslimin,
Dikaulah pejuang agama,
Dikaulah pejuang Islam,
Bangkitmu mempertahankan Islam,
Tiada sedikit pun rasa gentar dalam dirimu,
Seperti segalanya kau relakan demi agamamu.

Saat mereka yang zalim menjatuhkan hukuman,

Kau masih mampu mengukir senyuman,
Seperti kau tahu,
Syurga menantimu.

Andai sampai disini sahaja perjuanganmu,

Andai benar engkau dijatuhkan hukuman mati,
Andai ini perjuangan terakhirmu,

Pergilah..

Mungkin waktu rehatmu telah tiba,
Moga syahid menjadi milikmu.

Mereka mungkin menang di dunia,

Kerana dunia tujuan mereka,
Tapi,
Akhirat tujuan utama kita,
Moga kita menang di akhirat kelak.

wajah para syuhada :)




Aku Bukan Pencundang..

Tiba saatnya aku melangkah,
Melangkah aku dari tempat itu,
Bukan bererti aku mengalah,
Bukan bererti hidupku terhenti di situ,
Bukan bererti aku lemah,

Tapi,
Melangkah aku dari tempat itu,
untuk mencari aku yang baru,
untuk mengubah apa yang perlu,
untuk terus berjuang lagi
untuk buktikan aku bukan pencundang.

kerana hidup bukan terhenti hanya di satu tempat,
kerana hidup bukan untuk menjadi seorang pencundang,
kerana masih banyak jalan- jalan yang terhampar di depanku,
dan kerana itu aku perlu bangkit.

Tapi,
aku tidak ingin melangkah lagi,
tidak juga merangkak,
bukan juga hanya berjalan.
tapi,
aku ingin berlari dan terbang mencapai impianku.
berlari mengejar kejayaan di dunia dan di akhirat.

Aku yakin aku mampu buktikan.. In shaa Allah..

semoga MUKMIN itu aku :)